Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS BUNUH LIMA MILITAN DALAM PERTEMPURAN DI BARAT LAUT PAKISTAN

DUNIA

POLIS BUNUH LIMA MILITAN DALAM PERTEMPURAN DI BARAT LAUT PAKISTAN

ISLAMABAD: Polis di bandar Peshawar, barat laut Pakistan membunuh lima militan dalam pertembungan yang berlaku pada Sabtu pagi, lapor agensi berita Xinhua.

Jabatan Antikeganasan melancarkan operasi di ibu kota wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa selepas menerima maklumat mengenai kehadiran militan di kawasan berkenaan, kata jurucakap  jabatan itu kepada wartawan. 

Berikutan itu, pertembungan antara polis dan militan tercetus, menyebabkan lima pengganas terbunuh. 

Polis turut menemui senjata api berserta bahan letupan termasuk jaket yang mengandungi bom dan juga bom tangan. 

Bagaimanapun, polis tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai identiti mangsa dan nama kumpulan militan itu. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading