KUMPULAN PRO ISRAEL BELANJA LEBIH AS$1 JUTA PASTIKAN KEMPEN PILIHAN RAYA SANDERS GAGAL

WASHINGTON: Tindakan Politik (PAC) sebuah pertubuhan pro-Israel membelanjakan lebih AS$1 juta untuk membeli iklan bagi menghalang Senator Bernie Sanders menang sebagai calon Parti Demokrat untuk pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Sputnik.

“PAC membelanjakan lebih AS$1.4 juta untuk memastikan Sanders gagal. Sejumlah $ 800,000 untuk iklan di Iowa dan AS$600,000 di Nevada,” memetik sumber kumpulan pemerhati pilihan raya.

Awal bulan ini, satu laporan mengatakan PAC sangat rapat dengan Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel (AIPAC).

Meskipun Sanders seorang Yahudi, beliau sendiri sering mengkritik tindakan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Calon demokratik itu akan bersaing di kokus Nevada pada Sabtu. 

Sanders dan bekas Datuk Bandar Indiana Peter Buttigieg mengetuai barisan calon Demokratik bersama Senator Elizabeth Warren, bekas Naib Presiden Joe Biden dan Senator Amy Klobuchar. — BERNAMA

Leave a Reply