Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HASIL UJIAN KLINIKAL PENAWAR COVID-19 DIKETAHUI TIGA MINGGU LAGI: WHO

DUNIA

HASIL UJIAN KLINIKAL PENAWAR COVID-19 DIKETAHUI TIGA MINGGU LAGI: WHO

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis mengatakan keputusan awal ujian klinikal penawar penyakit COVID-19 dijangka diketahui dalam tempoh tiga minggu lagi, lapor agensi berita Xinhua.

“Kami masih menantikan keputusan dua ujian klinikal yang dilakukan unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) WHO,” kata Ketua Pengarah badan kesihatan dunia itu, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada taklimat harian.

“Satu ujian klinikal itu mengabungkan dua ubat untuk HIV, Lopinavir dan Ritonavir, satu lagi ujian antivirus dipanggil Remdesivir. Kami menjangkakan paling awal keputusan dapat diperoleh dalam tempoh tiga minggu,” katanya.

Remdesivir dihasilkan syarikat gergasi farmaseutikal biotek Gilead Sciences bagi merawat jangkitan virus Ebola dan Marburg. Bagaimanapun ia turut menunjukkan potensi sebagai agen antivirus melawan koronavirus seperti SARS (sindrom pernafasan akut teruk) dalam kajian yang dijalankan ke atas jangkitan dalam tikus dan monyet.

Antivirus itu didapati menghalang koronavirus daripada membiak setelah memasuki tubuh.

Satu kajian yang diterbitkan pada  2004, mendapati gabungan ubat antiHIV Lopinavir dan Ritonavir mempunyai “manfaat klinikal yang penting” apabila diberikan kepada pesakit SARS. Di Hospital Jinyintan, Wuhan, kumpulan pertama seramai 41 pesakit dirawat menggunakan gabungan ubat tersebut. 

Versi ketiga buku garis panduan rawatan COVID-19 yang diterbitkan Suruhanjaya Kesihatan China mencadangkan pengambilan dua pil Lopinavir/Ritonavir dan menyedut ubat alpha interferon dua kali sehari boleh memberi manfaat kepada pesakit.– BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading