Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS BURU LELAKI CABUL WANITA DI CYBERJAYA

DALAM NEGARA

POLIS BURU LELAKI CABUL WANITA DI CYBERJAYA

Wanita berumur 27 tahun telah disapa seorang lelaki kononnya untuk membantunya menyimpan barang ke dalam kereta di parkir pusat komersial tersebut, selain mahukan troli yang digunakan wanita itu.

CYBERJAYA: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes cabul seorang wanita di kawasan parkir sebuah pusat komersial Tamarind Square di Cyberjaya, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN – LELAKI CABUL DUA WANITA DI CYBERJAYA DIBERKAS POLIS

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, wanita berumur 27 tahun telah disapa seorang lelaki kononnya untuk membantunya menyimpan barang ke dalam kereta di parkir pusat komersial tersebut, selain mahukan troli yang digunakan wanita itu.

“Bagaimanapun wanita berkenaan menolak bantuan tersebut namun lelaki  itu tetap mengambil barang pengadu dan memasukkan dalam kereta dan secara tiba-tiba suspek bertindak menyentuh dan meramas punggung pengadu sebelum melarikan diri,” kata Wan Kamarul dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa memaklumkan bahawa lelaki itu berpakaian serba hitam, menyandang bag sling warna hitam, dengan rambut dan kulit berwarna gelap.

“Pengadu hanya nampak lelaki itu matanya juling. Pengadu juga tidak kenal dan tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu sebelum ini,” katanya menambah kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading