TERUSKAN PEMAKAIAN ‘FACE MASK’ DALAM FASA PERALIHAN KE ENDEMIK – DG HISHAM
Pemakaian pelitup muka adalah antara langkah pencegahan yang dapat mengurangkan penularan virus itu terutamanya di kawasan jangkitan berisiko tinggi seperti tempat tertutup dengan pengudaraan yang tidak baik, tempat sesak, dan tempat individu melakukan interaksi jarak dekat.
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan masyarakat agar terus berwaspada terhadap penularan pandemik COVID-19 dalam fasa peralihan ke endemik dengan memakai pelitup muka bagi mengawal jangkitan virus itu.
Dr Noor Hisham berkata pemakaian pelitup muka adalah antara langkah pencegahan yang dapat mengurangkan penularan virus itu terutamanya di kawasan jangkitan berisiko tinggi seperti tempat tertutup dengan pengudaraan yang tidak baik, tempat sesak, dan tempat individu melakukan interaksi jarak dekat.
Katanya COVID-19 masih wujud dan menular serta mengakibatkan kematian terutamanya dalam kalangan warga emas, kanak-kanak, individu yang mempunyai sistem imuniti tubuh rendah, dan individu yang mempunyai komorbid.
Menurut Dr Noor Hisham, amalan terbaik adalah kedua-dua individu iaitu pembawa COVID-19 dan juga individu sihat memakai pelitup muka kerana cara itu menjadikan risiko penularan virus berkenaan pada tahap sangat rendah.
“Ini (pemakaian pelitup muka) berdasarkan kemungkinan terdapat individu yang tidak tahu dijangkiti COVID-19 berada di kawasan umum kerana tidak bergejala,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata pemakaian pelitup muka yang betul adalah dengan pelitup muka menutup hidung serta mulut sepenuhnya, bukan sekadar di bawah atau hujung hidung memandangkan virus SARS-CoV-2 amat mudah merebak melalui titisan cecair atau titisan saluran pernafasan (respiratory droplets).
“Amalan saling tegur-menegur adalah tidak asing lagi bagi masyarakat di negara ini di mana ia adalah amalan solidariti bagi kebaikan bersama. Sekiranya terdapat individu yang tidak memakai pelitup muka atau memakainya dengan tidak betul, kita boleh saling menegur secara berhemah.
“Amalan ini perlu dibudayakan demi menjaga kesihatan sesama kita selain terus mengamalkan penjarakan fizikal yang munasabah dan segera mendapatkan dos penggalak bagi yang belum menerimanya,” katanya.
Senarai penuh prosedur operasi standard (SOP) melibatkan pemakaian pelitup muka boleh didapati di laman www.mysop.gov.my.
Mengenai perkembangan COVID-19 dalam negara semalam, Dr Noor Hisham berkata kes baharu kekal di bawah paras 15,000 untuk empat hari berturut-turut dengan 12,017 kes, menjadikan kumulatif kes di negara kini 4,268,486 kes.
Beliau berkata daripada jumlah kes baharu itu, 28 kes merupakan kategori tiga; 15 kes melibatkan kategori empat, sementara 25 kes membabitkan kategori lima, manakala bakinya adalah kategori satu dan dua.
Mengenai penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19, beliau berkata hanya Selangor mencatat peratusan pengisian 50 peratus atau lebih bagi penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat semalam, iaitu 51 peratus.
Menurut Dr Noor Hisham sebanyak 558 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam dengan 221 kes adalah kategori tiga, empat dan lima, sementara selebihnya kategori satu serta dua.
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai Rt dicatatkan di seluruh negara pula adalah 0.86 dengan Selangor masih merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.03 manakala Kelantan mencatat kadar paling rendah dengan 0.66.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager