REKA BENTUK ‘TROPICAL BRUTALISM’ TARIKAN MUSALLA AL ABRAR SG PENCHALA
Reka bentuk surau itu menerapkan elemen minimalis yang sesuai dengan kontemporari semasa sebagai daya tarikan khususnya kepada golongan muda di bandar bagi mengimarahkan aktiviti keagamaan.
KUALA LUMPUR: Pengunjung yang melalui Jalan Sungai Penchala di Segambut di sini, pasti tidak akan melepaskan peluang memerhati sebuah bangunan konkrit berwarna putih kelabu yang dipenuhi dengan landskap tumbuhan hijau.
Sepintas lalu, pemandangan bangunan itu tidak ubah seperti sebuah bangunan pejabat, namun apabila menjengah ke dalam kawasan berkenaan, ia sebenarnya sebuah surau dinamakan Musalla Al Abrar dengan struktur binaannya berbentuk kiub dan keseluruhan dinding menggunakan batu blok angin.
Hafiz Ismail, 48, arkitek dipertanggungjawabkan membuat pelan surau itu berkata Musalla Al Abrar diinspirasikan daripada struktur bangunan suci, Kaabah yang terletak di Masjidil Haram di Makkah.
“Saya mengambil ilham daripada struktur Kaabah berbentuk kiub, bagaimana struktur sederhana Kaabah itu, jutaan umat Islam dari seluruh dunia setiap tahun pergi. Jadi mengapa tidak kita fikir (pelan) bentuk Kaabah yang kiub sahaja yang boleh menarik ramai orang,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Musalla Al Abrar yang menelan kos RM3 juta itu mempunyai dua aras ruang solat yang boleh memuatkan sehingga 1,500 jemaah pada satu-satu masa dan turut menempatkan ruang pejabat, tempat wuduk, tandas dan dapur.
Surau bertaraf masjid tersebut di bawah pentadbiran Yayasan Tawfiq siap dibina pada 2016 dan sehingga kini ia menjadi tumpuan umat Islam bukan sahaja dari kawasan berdekatan malah juga dari luar Lembah Klang untuk mengikuti majlis ilmu yang diadakan di kawasan berkenaan.
Sumber Gambar: BERNAMA
Bercerita lanjut, lulusan ijazah seni bina dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam itu berkata dari segi disiplin seni bina, ‘tropical brutalism’ diterapkan pada reka bentuk bangunan surau berkenaan yang mempunyai kelebihan dan setiap daripadanya mempunyai fungsi tertentu.
Menurutnya, perkataan ‘brutalism’ itu merujuk kepada penggunaan material dinding dan tiang surau yang 100 peratus berasaskan binaan konkrit yang dilepa simen tanpa semburan cat dan hanya bahagian lantai dicat.
Sementara perkataan ‘tropical’ pula diterapkan melalui aspek landskap tumbuhan yang banyak meliputi sebahagian surau itu bagi mewujudkan persekitaran hijau yang mendamaikan, katanya.
Hafiz berkata penggunaan batu blok angin pada keseluruhan dinding surau tersebut pula bertujuan mewujudkan lubang pengudaraan semula jadi sekali gus jemaah yang berada di dalamnya lebih selesa dan tenang walaupun dalam jumlah ramai.
“Perkakasan digunakan di ruang tandas, wuduk juga tidak mahal dan mudah didapati namun didekorasi sebaiknya supaya ia membentuk nilai estetika dan nampak lebih menarik,” katanya.
Sementara itu, Pemegang Amanah Yayasan Tawfiq, Syed Hussin Syed Shaikh Al Junid berkata reka bentuk surau itu menerapkan elemen minimalis yang sesuai dengan kontemporari semasa sebagai daya tarikan khususnya kepada golongan muda di bandar bagi mengimarahkan aktiviti keagamaan.
“Binaan surau ini berbeza dengan binaan surau atau masjid lain, walaupun ia kecil, nampak ekstrem dan kolot dengan binaan batu angin tetapi apabila kita berada di dalam jauh selesa dan hati akan lapang dengan pemandangan landskap di sekeliling,” katanya.
Syed Hussin berkata mengikut perancangan pada masa akan datang, kemudahan lain seperti dewan, sekolah agama dan kafe turut akan dibina bersebelahan dengan surau berkenaan yang menjadikan keseluruhan kawasan itu sebagai pusat dakwah.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests