Connect with us

ALHIJRAH NEWS

POLIS GIAT KESAN LELAKI RAKAM BAWAH KAIN WANITA DI PASAR RAYA

DALAM NEGARA

POLIS GIAT KESAN LELAKI RAKAM BAWAH KAIN WANITA DI PASAR RAYA

Polis giat mengesan seorang lelaki yang bertindak kurang sopan dengan merakam dari bawah kain seorang wanita di sebuah pasar raya di Jenjarom, di Kuala Langat, minggu lalu.

KUALA LANGAT: Polis giat mengesan seorang lelaki yang bertindak tidak sopan dengan merakam dari bawah kain seorang wanita di sebuah pasar raya di Jenjarom, di sini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada jam 10.36 pagi, 9 Disember lalu.

“Wanita berkenaan melaporkan dia dirakam seorang lelaki tempatan ketika membeli belah di sebuah pasar raya di Jenjarom.

“Selepas sedar dirakam, mangsa kemudian membuat pemeriksaan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan melihat lelaki itu mengangkat kainnya seterusnya merakam ke arah bawah kain,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100 di mahkamah, jika sabit bersalah.

Beliau menasihatkan orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di 03-31872222,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading