Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA INDONESIA MAUT DISERANG BUAYA

DUNIA

WANITA INDONESIA MAUT DISERANG BUAYA

Mangsa maut pada Isnin dengan kecederaan parah di bahagian tangan dan kaki selepas pihak berkuasa di daerah Nias Selatan menembak mati buaya itu.

JAKARTA: Seorang wanita maut diserang buaya ketika mencari makanan di tepi pantai di wilayah Sumatera Utara, Indonesia.

Mangsa maut pada Isnin dengan kecederaan parah di bahagian tangan dan kaki selepas pihak berkuasa di daerah Nias Selatan menembak mati buaya itu, menurut pegawai tempatan Kornelius Wau, lapor agensi berita Jerman (dpa).

“Penduduk menghadapi kesukaran untuk melepaskan mangsa daripada cengkaman buaya itu,” kata Kornelius.

“Mereka hanya berjaya melepaskan mangsa daripada buaya itu selepas beberapa jam.”

Beliau turut menjelaskan buaya itu sudah lama berkeliaran di kawasan berkenaan dan penduduk sebelum ini melaporkan kehadiran reptilia itu.

Indonesia mencatatkan serangan buaya air masin tertinggi di dunia dengan kira-kira 1,000 insiden dalam tempoh sedekad lalu yang mengakibatkan lebih 450 kematian, menurut Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).

Serangan buaya ke atas manusia di Indonesia sering dikaitkan dengan pencerobohan habitat dan kemerosotan alam sekitar.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading