POLIS GIAT KESAN TAYAR DIPERCAYAI PUNCA KEMALANGAN
Polis sedang giat mengesan tayar yang dipercayai menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 (KM204) Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara pada 23 Dis.
ALOR GAJAH: Polis sedang giat mengesan tayar yang dipercayai menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 (KM204) Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara pada 23 Dis.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata antara usaha itu termasuklah sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Alor Gajah telah pergi ke Pejabat PLUS Tangkak untuk bertemu dengan Pegawai Operasi Projek Penyelenggaraan Lebuhraya (PROPEL).
“Pegawai Operasi PROPEL menyatakan bahawa mereka tidak menemui tayar lori treler di lokasi kejadian dan pegawai berkenaan telah memberi maklumat bahawa sampah-sampah di lokasi kemalangan telah dibawa oleh sebuah lori Roro.
“Selain itu, pihak kita juga telah mendapatkan keterangan pemandu lori Roro yang membawa sampah-sampah ke tempat pelupusan di Segamat dan keterangan pemandu lori subkontraktor (PROPEL) yang menjalankan pembersihan di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ashari berkata pada malam kejadian, pihak polis dan PLUS tidak mempunyai maklumat berkaitan punca kejadian dan banyak bertumpu kepada misi menyelamat.
“Namun setelah tular rakaman kamera papan pemuka dan keterangan pemandu lori memaklumkan tayar lorinya tercabut dan tergolek di lorong tengah serta bas telah terlanggar tayar terbabit, barulah pihak polis mencari tayar berkenaan.
“Setelah selesai kerja-kerja membersihkan sisa kemalangan, memang tidak menemukan tayar itu dan berkemungkinan juga pemandu berkenaan ambil semula tayar itu… dan ini yang kita sedang usahakan,” katanya sambil menambah usaha mencari dan mengesan tayar berkenaan akan disambung hari ini di Tangkak dan Segamat.
Terdahulu, media melaporkan tujuh maut manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta dan MPV di KM204 Lebuhraya PLUS arah utara baru-baru ini.
Siasatan awal mendapati bas persiaran terbabit terlanggar tayar lori yang tercabut di lorong tengah dan menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan tiga kenderaan hingga menyebabkan lima penumpang Toyota Estima dan pemandu serta penumpang bas berkenaan meninggal dunia. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager