Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KONSERT ‘PINKFISH’: 15 INDIVIDU DIAMBIL KETERANGAN BANTU SIASATAN

DALAM NEGARA

KONSERT ‘PINKFISH’: 15 INDIVIDU DIAMBIL KETERANGAN BANTU SIASATAN

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata antara individu yang telah diambil keterangan terdiri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga mangsa. 

SHAH ALAM: Seramai 15 individu telah dirakam keterangan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian empat individu selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Dis lepas. 

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata antara individu yang telah diambil keterangan terdiri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga mangsa. 

“Polis juga pada ketika ini masih menunggu laporan bedah siasat dan toksikologi bagi menentukan punca kematian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Hussein berkata berdasarkan maklumat diterima daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dua lagi mangsa lain yang turut dilaporkan mempunyai simptom sama berkait dengan kematian empat individu berkenaan telah mula sedar, namun berada dalam keadaan lemah. 

Sebelum ini, Hussein dilaporkan berkata siasatan awal polis mendapati empat mangsa yang meninggal dunia selepas menghadiri konsert itu disyaki terbabit dalam pengambilan dadah jenis ekstasi.

Pihak penganjur kemudian tampil dengan kenyataan bahawa mereka telah mengambil pelbagai langkah keselamatan seperti kehadiran lebih 100 anggota polis, menempatkan anggota keselamatan terlatih dan unit K9 di semua pintu masuk, serta akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang dijalankan polis.

Sebelum ini, media melaporkan polis sedang menyiasat punca kematian empat individu berusia lingkungan 20 hingga 40-an termasuk dua wanita selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu itu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading