Dua maut manakala dua lagi cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Kilometer 152.4 Lebuh Raya Pantai Timur berhampiran Felda Nerek, Maran, Pahang pagi tadi.
KUANTAN: Dua maut manakala dua lagi cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Kilometer 152.4 Lebuh Raya Pantai Timur berhampiran Felda Nerek, Maran, Pahang pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.07 pagi dan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran dan Temerloh digegaskan ke lokasi.
“Sebaik tiba, didapati sebuah kereta jenis Nissan Almera telah terbabas dan masuk ke dalam gaung sedalam 20 kaki dan terdapat empat perempuan dewasa tersepit di dalam kenderaan terbabit. Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat.
“Semua mangsa telah berjaya dikeluarkan, bagaimanapun dua wanita maut di tempat kejadian manakala dua lagi cedera parah dan dihantar ke Hospital Temerloh untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa buat masa ini, masih lagi berada di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Dalam kenyataan berasingan, Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai berkata dua wanita yang maut dalam kejadian itu merupakan penumpang di bahagian belakang kereta Nissan Almera iaitu V. Kohmathy, 61, dan K. Vasanthy, 60, masing-masing beralamat di Selangor.
Beliau berkata pemandu, S. Nishantini, 33, dan penumpang hadapan, K. Turgaa Shini, 24, mengalami kecederaan parah dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Temerloh.
“Siasatan awal mendapati Nissan Almera yang dalam perjalanan dari Banting, Selangor ke Kuil Sri Marathandavar di Maran, hilang kawalan apabila tiba di KM152.4 Lebuhraya Pantai Timur. Kenderaan itu kemudian terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum terjunam ke dalam gaung di bahagian kiri.
“Akibat daripada kemalangan tersebut, dua penumpang di bahagian belakang meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang di bahagian hadapan mengalami kecederaan parah. Hubungan keempat-empat mangsa dikenal pasti sebagai saudara-mara,” katanya.
Wong turut memaklumkan bahawa semakan mendapati lesen memandu pemandu kenderaan tersebut telah tamat tempoh sejak 21 Dis lepas.
Menurut beliau proses bedah siasat dilakukan pada pukul 5.30 petang di Hospital Jengka.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked