Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IMAM MAUT KEMALANGAN SELEPAS PIMPIN SOLAT JUMAAT

DALAM NEGARA

IMAM MAUT KEMALANGAN SELEPAS PIMPIN SOLAT JUMAAT

Allahyarham Sulaiman Sutar, 75, disahkan maut di tempat kejadian selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM76, Jalan Johor Bahru- Ayer Hitam, Johor.

KLUANG: Seorang imam terkorban dalam kemalangan jalan raya selepas memimpin solat fardu Jumaat di Masjid Kampung Ulu Benut, Kluang, Johor petang semalam.

Allahyarham Sulaiman Sutar, 75, disahkan maut di tempat kejadian selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM76, Jalan Johor Bahru- Ayer Hitam, Johor.

Perkhabaran duka itu dikongsikan menerusi akaun Facebook FikriAfiq Marjuki.

Menurut hantaran di akaun Facebook berkenaan, Allahyarham merupakan seorang individu yang sangat disegani penduduk setempat.

Allahyarham juga merupakan seorang jurunikah yang disenangi oleh masyarakat. 

“Jenazah Allahyarham diuruskan di Unit Forensik Hospital Kluang oleh petugas Pejabat Agama Daerah Kluang.”

Fikri dan pasukannya turut membantu dalam proses membawa pulang jenazah ke kampung untuk disolatkan dan dikebumikan. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh mengesahkan kejadian terbabit.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 2.30 petang ketika mangsa yang memandu kereta jenis Proton Iswara dalam perjalanan dari Machap menghala ke Simpang Renggam.

“Ketika tiba di lokasi, warga emas tersebut hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah Hyundai Staria.

“Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta badan dan meninggal dunia serta merta di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau lagi, mangsa lain telah dihantar ke sebuah klinik swasta berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading