Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS ISRAEL CETUS LAGI PERTEMPURAN, SERBU MASJIDIL AQSA

DUNIA

POLIS ISRAEL CETUS LAGI PERTEMPURAN, SERBU MASJIDIL AQSA

Polis Israel menyerbu perkarangan Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis Timur pada Ahad mencetuskan lagi pertempuran yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 lagi rakyat Palestin cedera.

BAITULMAQDIS: Polis Israel menyerbu perkarangan Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis Timur pada Ahad mencetuskan lagi pertempuran yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 lagi rakyat Palestin cedera, lapor Xinhua.

Rakyat Palestin yang berada di perkarangan masjid telah diusir menyebabkan berlaku pertempuran antara jemaah dengan polis Israel.

Sementara itu, Agensi Anadolu melaporkan polis Israel telah menyekat rakyat Palestin daripada memasuki masjid untuk memberi laluan kepada beratus-ratus pendatang Yahudi.

Menurut akhbar Haaretz, seramai 728 pendatang masuk ke kawasan masjid sambil diberi perlindungan yang ketat daripada polis Israel.

Menurut saksi polis menutup pintu Kota Lama Baitulmaqdis untuk menghalang penduduk Palestin dari luar bandar memasuki masjid.

Bagaimanapun, sekatan itu kemudiannya dilonggarkan.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin selepas tentera Israel pada Jumaat menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa yang menyebabkan ratusan jemaah cedera.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading