Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS MINTA BANTUAN KESAN NUR HIDAYAH

DALAM NEGARA

POLIS MINTA BANTUAN KESAN NUR HIDAYAH

IPOH: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Tambun, di sini sejak 19 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata remaja itu dikenali sebagai Nur Hidayah Mat Nurddin dengan alamat terakhirnya di Lot 475 Kampung Tersusun Batu 5, Lorong Delima 3/2 Tambun.

“Pihak kami menerima laporan polis daripada ibunya mengatakan anaknya tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk membeli air pada hari kejadian dan membuat laporan kehilangan tiga hari selepas itu.

“Ketinggian adalah lebih kurang 160 sentimeter dan berkulit cerah serta memiliki berat badan sekitar 45 kilogram. Selain itu, remaja ini berbadan sederhana dan tidak memakai kaca mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan remaja itu, diminta untuk tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Sarjan Mohd Haizal Umar di talian 011-21001076 atau Bilik Gerakan IPD Ipoh di talian 05-2451500. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading