Connect with us

ALHIJRAH NEWS

POLIS MOHON BANTUAN KESAN REMAJA HILANG

DALAM NEGARA

POLIS MOHON BANTUAN KESAN REMAJA HILANG

Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di Kajang, Selangor sejak Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di Kajang, Selangor sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof berkata, laporan kehilangan Areen Melisha Abdullah diterima pada 6.34 petang semalam selepas remaja itu didapati tidak pulang ke rumah sejak 6 petang, 5 Julai.

Beliau berkata, Areen Melisha mempunyai ketinggian 138 sentimeter (cm) dengan berat 42 kilogram (kg), dan kali terakhir dilihat memakai baju berwarna kelabu, seluar slack hitam serta tudung merah jambu.

“Lokasi terakhir Areen Melisha dilihat ialah di sekitar 7-7 Apartment City Height Sg Chua, 43000 Kajang, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Naazron berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan remaja itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4222 atau pegawai penyiasat, Sarjan Ahmad Faizal Hasan di talian 019-769 1924. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading