AMPANG: Polis hari ini mengesahkan kejadian penemuan mayat wanita warga emas yang berbau busuk daripada rumah teres dua tingkat di Jalan Pandan Indah, Ampang, pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohd Azam Ismail, bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan di Hospital Kuala Lumpur pada jam 5 petang ini bagi mengetahui punca kematian.
“Mayat mangsa berusia 76 tahun itu ditemui pada jam 6.26 petang pada Jumaat selepas jiran tetangga menyedari bau yang kurang menyenangkan,” katanya.
Menurut saksi iaitu jiran, dikenali sebagai Along, 34, bau kurang menyenangkan itu dikesan ketika dia pulang ke rumah selepas cuti raya pada Isnin lalu.
Difahamkan bahawa anak mangsa tidak pulang ke rumah dan selepas tiga hari, bau itu semakin kuat.
Mangsa yang hanya tinggal berdua bersama anak bongsu lelakinya pada kebiasaan akan mengetuk pintu rumah jiran-jiran meminta makan jika lapar sementara menunggu anaknya pulang ke rumah. —AlHijrah Online