Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGKA KORBAN NAHAS PESAWAT AIR INDIA MENINGKAT KEPADA 274 ORANG – MEDIA

DUNIA

ANGKA KORBAN NAHAS PESAWAT AIR INDIA MENINGKAT KEPADA 274 ORANG – MEDIA

Peningkatan angka korban melebihi 241 penumpang dan kru yang disahkan terbunuh dalam nahas itu menunjukkan bahawa 33 mangsa lain dipercayai berada di kawasan Kampus Kolej Perubatan BJ Ahmedabad, menurut laporan berkenaan.

Sumber Gambar: AFP

NEW DELHI: Angka korban akibat nahas pesawat Air India berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad di Gujarat pada Khamis meningkat kepada 274 orang, dengan 33 kematian melibatkan mangsa di darat telah disahkan, lapor akhbar harian The Times of India pada Sabtu, menurut Xinhua.

Peningkatan angka korban melebihi 241 penumpang dan kru yang disahkan terbunuh dalam nahas itu menunjukkan bahawa 33 mangsa lain dipercayai berada di kawasan Kampus Kolej Perubatan BJ Ahmedabad, menurut laporan berkenaan.

Akhbar Hindustan Times pada Sabtu pula melaporkan bahawa kerajaan India telah menubuhkan sebuah jawatankuasa peringkat tinggi bagi menyiasat nahas berkenaan. Laporan siasatan dijangka dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan.

Hanya seorang mangsa terselamat dalam nahas pesawat Air India penerbangan AI171 yang dalam penerbangan ke London dan terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Ahmedabad pada 12 Jun. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading