BEBERAPA JURUSAN IPT PERLU DISEMAK SEMULA SELARAS PERKEMBANGAN TEKNOLOGI – ZAMBRY
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata penilaian semula itu penting memandangkan terdapat fakulti atau jabatan yang ditubuhkan sekitar dua hingga tiga dekad lepas berasaskan keperluan pasaran pada masa berkenaan.
KUALA LUMPUR: Beberapa jurusan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) perlu disemak semula dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa, khususnya bidang kecerdasan buatan (AI).
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata penilaian semula itu penting memandangkan terdapat fakulti atau jabatan yang ditubuhkan sekitar dua hingga tiga dekad lepas berasaskan keperluan pasaran pada masa berkenaan.
“Ya, akan ada kursus-kursus yang perlu ditinjau semula kerana terdapat fakulti atau jabatan tertentu yang ditubuhkan sekitar 20 hingga 30 tahun lepas. Ketika itu, keperluan industri berbeza berbanding sekarang.
“Bukan semua jurusan perlu diubah. Sebagai contoh, Fakulti Sains Komputer secara umum, tetapi pendekatan pembelajarannya sekarang sudah berbeza. Kita minta semua universiti supaya melihat semula jurusan itu dalam konteks semasa termasuk AI,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Kerjaya Nasional Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KPT Datuk Dr Anesee Ibrahim.
Mengulas mengenai kadar kebolehpasaran graduan di negara ini, Zambry berkata secara keseluruhannya ia berada pada sekitar 92 peratus.
“Kita sedang berusaha menangani isu underemployment. Program seperti hari ini diadakan untuk membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada graduan dan pencari kerja supaya mereka dapat bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan kelayakan dan kepakaran masing-masing,” katanya
Dalam pada itu, Anesee dalam ucapannya berkata karnival kerjaya berskala besar anjuran KPT adalah antara aktiviti kemuncak dalam Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan (PSKG) 2021–2025 yang kini memasuki fasa akhir pelaksanaan.
“Pelan baharu PSKG 2026-2030 sedang dibangunkan selaras dengan Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM) 2025-2035 yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi.
“Antara fokus utama pelan baharu termasuk melahirkan graduan berteraskan nilai, meningkatkan prestasi akademia serta memperkasakan institusi pengajian tinggi ke peringkat global,” katanya.
Karnival Kerjaya Nasional KPT 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini, mengumpulkan lebih 100 syarikat terkemuka tempatan daripada pelbagai sektor utama, antaranya investED, Bank Negara Malaysia, Malaysia Airports Holdings Bhd, Paynet, Infineon Technologies, IJM Corporation Bhd, SD Guthrie Bhd, dan Tenaga Nasional Bhd.
Terdahulu, Zambry menyaksikan pemeteraian dua memorandum persefahaman (MoU) antara KPT dengan ACCA Malaysia serta Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).
MoU itu bertujuan memperkukuh kerjasama antara IPT dengan badan profesional dan industri, khususnya dalam bidang perakaunan dan kewangan serta pengangkutan rel.
Beliau turut menyerahkan cek cura bagi pelaksanaan Program Tauliah Industri dan Profesional Kementerian Pendidikan Tinggi (KPTiP) yang diluluskan kepada tiga penerima, iaitu The Chartered Institute of Logistics and Transport, ACCA Malaysia, dan MRL, dengan nilai keseluruhan RM13,313,200. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked