Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SIASAT CUBAAN CULIK BUDAK DI GENTING HIGHLANDS

DALAM NEGARA

POLIS SIASAT CUBAAN CULIK BUDAK DI GENTING HIGHLANDS

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di kawasan peranginan melalui hantaran akaun TikTok ‘@alfitry_azmi52’.

Gambar Facebook

BENTONG: Polis memulakan siasatan susulan video tular yang mendakwa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik oleh seorang wanita warganegara asing di Genting Highlands, semalam.

Ketua Polis Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung video berdurasi seminit 20 saat tersebut oleh pihak keselamatan Genting Highlands.

“Pihak keselamatan Genting Highlands telah membuat laporan polis pada 19 September 2022 lebih kurang pukul 8.16 malam berhubung video yang telah tular.

“Polis juga mengesahkan bahawa setakat ini tidak menerima sebarang laporan polis daripada pihak yang terlibat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong akan menjalankan siasatan dan akan menghubungi pemilik akaun TikTok berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di kawasan peranginan melalui hantaran akaun TikTok ‘@alfitry_azmi52’.-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading