Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN PELAJAR TINGKATAN SATU PANDU KERETA

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN PELAJAR TINGKATAN SATU PANDU KERETA

“Polis telah mengesan sebuah video memaparkan seorang remaja lelaki memandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback bersama beberapa rakannya pada 3 petang semalam. Susulan itu, polis menjalankan risikan dan berjaya menahan pelajar Tingkatan Satu berkenaan.

SEBERANG PERAI: Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun selepas videonya memandu sebuah kereta di Jalan Rozhan, Machang Bubok, di sini semalam tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata remaja itu ditahan di rumahnya di Taman Machang Bubok kira-kira 8 malam tadi susulan tular video berdurasi 32 saat tersebut.

“Polis telah mengesan sebuah video memaparkan seorang remaja lelaki memandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback bersama beberapa rakannya pada 3 petang semalam. Susulan itu, polis menjalankan risikan dan berjaya menahan pelajar Tingkatan Satu berkenaan.

“Polis turut menahan ibu remaja itu yang berusia lewat 40-an dan menyita kereta tersebut bagi siasatan lanjut. Polis juga sedang mengesan beberapa lagi rakan remaja berkenaan untuk siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Tan, wanita dan anak lelakinya itu dibebaskan selepas keterangan mereka direkodkan.

Beliau berkata remaja lelaki itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu tanpa lesen dan Seksyen 39 (1) akta sama kerana memandu kenderaan motor di bawah umur.

Katanya pemilik kereta iaitu ibu remaja berkenaan turut disaman mengikut Seksyen 39 (5) APJ 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu atau menunggang kenderaan bermotor. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading