Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA REMAJA DITEMUKAN LEMAS DI SUNGAI PAHANG

DALAM NEGARA

DUA REMAJA DITEMUKAN LEMAS DI SUNGAI PAHANG

Dua remaja lelaki ditemukan lemas di Sungai Pahang di Kampung Batu Embun, Jerantut petang tadi. 
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata mangsa ialah Mohd Safwan Zamri dan Mohd Hanafi Romzi, kedua-duanya berusia 13 tahun.

Kredit: JBPM Pahang

KUANTAN: Dua remaja lelaki ditemukan lemas di Sungai Pahang di Kampung Batu Embun, Jerantut petang tadi. 

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata mangsa ialah Mohd Safwan Zamri dan Mohd Hanafi Romzi, kedua-duanya berusia 13 tahun.

“Kedua-dua mangsa ditemukan orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Zulfadli berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 3.07 petang dan jentera bomba mengambil masa 20 minit untuk tiba ke lokasi kerana balai bomba terdekat terletak 20 kilometer dari kampung berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading