Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MOTOSIKAL POLIS DISAMAN KERANA PARKIR TEMPAT OKU

DALAM NEGARA

MOTOSIKAL POLIS DISAMAN KERANA PARKIR TEMPAT OKU

Motosikal seorang anggota polis trafik dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, disaman selepas diletakkan di tempat letak kenderaan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Motosikal anggota polis trafik dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, disaman selepas diletakkan di tempat letak kenderaan Orang Kelainan Upaya (OKU). – Foto Twitter

KUALA LUMPUR: Motosikal seorang anggota polis trafik dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, disaman selepas diletakkan di tempat letak kenderaan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah mengeluarkan saman terhadap anggota yang menunggang motosikal berkenaan.

“Polis Daerah Petaling Jaya, telah mengesan satu gambar yang tular itu yang dimuat naik oleh pemilik akaun @nanmanjoi8715 dalam akaun Twitter miliknya, sebelum siasatan lanjut dijalankan.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi 29 Mei lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihak polis tidak akan berkompromi kepada mana-mana pengguna jalan raya termasuk agensi penguatkuasa yang tidak mematuhi peraturan dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang.

Terdahulu tular satu video dan gambar menerusi aplikasi Twitter yang menunjukkan motosikal jenis Honda ST 1300, dikunci oleh seorang pengawal keselamatan sebuah pangsapuri di Petaling Jaya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading