Malaysia diumumkan sebagai ‘Destinasi Mesra-Muslim Terbaik’ Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ‘Destinasi Mesra-Wanita Muslim Terbaik’ oleh CrescentRating dan Mastercard pada Halal in Travel Awards yang diadakan di Singapura hari ini.
PUTRAJAYA: Malaysia diumumkan sebagai ‘Destinasi Mesra-Muslim Terbaik’ Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ‘Destinasi Mesra-Wanita Muslim Terbaik’ oleh CrescentRating dan Mastercard pada Halal in Travel Awards yang diadakan di Singapura hari ini.
Pada majlis sama, Malaysia sekali lagi mendahului senarai dalam carta ‘Destinasi Mesra-Muslim Terbaik’ dalam laporan Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) 2023.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata pencapaian tersebut mengukuhkan lagi kedudukan dan penjenamaan Malaysia sebagai peneraju segmen Pelancongan Islam serta Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim (MFTH) di peringkat serantau dan antarabangsa.
Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata pelancong Muslim merupakan pasaran yang semakin berkembang dalam industri pelancongan dengan populasi umat Islam dianggarkan mencecah 2 bilion di seluruh dunia.
Kadar pemulihan pelancongan Islam di peringkat global juga memberangsangkan apabila mencatatkan 110 juta ketibaan pelancong Muslim pada tahun lepas, katanya.
“Malaysia turut mencatatkan prestasi membanggakan apabila berjaya menarik seramai 2.12 juta pelancong Muslim ke negara ini pada tahun lalu dengan jumlah perbelanjaan pelancong Muslim sebanyak RM5.37 bilion,” katanya.
Tiong berkata usahawan dan penggiat industri tempatan digalakkan mengembangkan tawaran khidmat mesra-Muslim sebagai satu nilai tambah dalam menyebarluaskan industri pelancongan Islam dalam negara.
Mereka digalakkan menyertai kursus dan program di bawah ITC antaranya, kursus ‘Muslim-Friendly Tourist Guide’ (MFTG) yang terbuka kepada pemandu pelancong berlesen tempatan dan program ‘Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition’ (MFAR) yang memberi peluang pengembangan perniagaan kepada rakyat menerusi pelancongan Islam yang berkembang pesat. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.