Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN SEORANG LELAKI BERHUBUNG KES LONTAR MOLOTOV COCKTAIL KE RUMAH NGEH

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN SEORANG LELAKI BERHUBUNG KES LONTAR MOLOTOV COCKTAIL KE RUMAH NGEH

Polis menahan seorang lelaki hari ini bagi membantu siasatan kes khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, awal pagi Rabu lepas.

IPOH: Polis menahan seorang lelaki hari ini bagi membantu siasatan kes khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, awal pagi Rabu lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata lelaki berumur lingkungan 30-an yang ditahan di kawasan Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 4 pagi tadi, kini direman hingga Selasa bagi membantu siasatan.

“Polis turut merampas dua telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau, dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes khianat itu diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Azalan Ab Karim dengan menelefon 019-3927837 bagi membantu siasatan pihak polis.

Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan ‘molotov cocktail’ menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading