Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERBICARAAN ICJ TERHADAP KES GENOSID ISRAEL BERI HARAPAN KEPADA PALESTIN – AMNESTY INTERNATIONAL

DUNIA

PERBICARAAN ICJ TERHADAP KES GENOSID ISRAEL BERI HARAPAN KEPADA PALESTIN – AMNESTY INTERNATIONAL

Amnesty International pada Khamis menegaskan bahawa prosiding semasa di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang difailkan oleh  Afrika Selatan terhadap Israel mempunyai potensi untuk melindungi rakyat Palestin, “menamatkan bencana kemanusiaan” di Gaza dan memberi sinar harapan untuk keadilan antarabangsa.

Sumber Gambar: BERNAMA

ISTANBUL: Amnesty International pada Khamis menegaskan bahawa prosiding semasa di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang difailkan oleh Afrika Selatan terhadap Israel mempunyai potensi untuk melindungi rakyat Palestin, “menamatkan bencana kemanusiaan” di Gaza dan memberi sinar harapan untuk keadilan antarabangsa.

“Di saat Amerika Syarikat terus menggunakan kuasa veto menyekat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu daripada menyeru gencatan senjata, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan terus berleluasa, manakala risiko pembunuhan beramai-ramai adalah jelas.

“Negara-negara mempunyai kewajipan mencegah dan menghukum tindakan genosid dan jenayah kekejaman lain,”  lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Setiausaha Agung Amnesty International Agnes Callamard dalam satu kenyataan.

Siasatan ICJ terhadap perbuatan Israel adalah langkah penting untuk melindungi nyawa rakyat Palestin, mengembalikan kepercayaan dan kredibiliti undang-undang antarabangsa dan membuka jalan untuk keadilan dan pampasan kepada mangsa, katanya lagi.

Tahap kemusnahan dan kehancuran di Gaza sejak tiga bulan lalu terus meluas, memaksa sekurang-kurangnya 85 peratus daripada penduduknya berpindah, katanya.

Callamard berkata bahawa ramai rakyat Palestin dan pakar hak asasi manusia menganggap ia sebagai taktik Israel untuk menjadikan Gaza, sebagai wilayah yang “tidak boleh didiami.”

“Sementara menunggu keputusan muktamad Mahkamah Keadilan Antarabangsa sama ada jenayah pembunuhan beramai-ramai dan jenayah lain di bawah undang-undang antarabangsa telah dilakukan, arahan untuk melaksanakan langkah-langkah sementara adalah penting bagi membantu mencegah kematian, kemusnahan dan penderitaan awam daripada berterusan,” katanya.

Perbicaraan pada Khamis akan disusuli dengan hujah pembelaan Israel pada Jumaat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading