Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMIMPIN HOUTHI BERI AMARAN UNTUK BERTINDAK BALAS TERHADAP SERANGAN AS

DUNIA

PEMIMPIN HOUTHI BERI AMARAN UNTUK BERTINDAK BALAS TERHADAP SERANGAN AS

Pemimpin Houthi, Abdul-Malik al-Houthi berjanji untuk bertindak balas terhadap serangan udara yang dilancarkan Amerika Syarikat dan sekutunya.

Pemimpin Houthi, Abdul-Malik al-Houthi.

BEIRUT: Pemimpin Houthi, Abdul-Malik al-Houthi berjanji untuk bertindak balas terhadap serangan udara yang dilancarkan Amerika Syarikat dan sekutunya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Beliau memberi amaran bahawa “sebarang pencerobohan oleh AS akan menerima balasan dan kami tidak akan teragak-agak dengan izin Allah, untuk melakukan segala yang termampu”.

Beliau menegaskan bahawa serangan oleh negara-negara yang membentuk “Operasi Penjaga Kemakmuran” atau Operation Prosperity Guardian bakal mencetuskan tindak balas terbesar Houthi yang tidak pernah dilihat setakat ini.

Beliau turut menyeru rakyatnya untuk mengadakan demonstrasi di jalanan pada Jumaat dan berkumpul di Al-Sabeen Square di Sana’a, Yemen.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading