Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TERIMA LAPAN LAPORAN KENDERAAN DILANGGAR LORI BERHAMPIRAN STESEN LRT GLENMARIE

DALAM NEGARA

POLIS TERIMA LAPAN LAPORAN KENDERAAN DILANGGAR LORI BERHAMPIRAN STESEN LRT GLENMARIE

Polis menerima satu lagi laporan berhubung kejadian beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie di Shah Alam dilanggar sebuah lori pada petang Rabu lepas.

SHAH ALAM: Polis menerima satu lagi laporan berhubung kejadian beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie di sini dilanggar sebuah lori pada petang Rabu lepas. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata setakat ini lapan laporan diterima pihaknya berhubung insiden itu. 

“Kita masih mengesan lori yang terlibat dalam insiden berkenaan,” katanya dalam kenyataan ringkas menerusi WhatsApp hari ini.

Semalam, Mohd Iqbal dilaporkan berkata kejadian kira-kira 2.10 petang itu berlaku apabila pemilik beberapa kenderaan meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan untuk menggunakan perkhidmatan LRT ke tempat kerja.

Kes berkenaan disiasat di bawah Kaedah 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading