Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PRN MELAKA: AKTIVITI, PERHIMPUNAN, MAJLIS SOSIAL BERKAITAN PILIHAN RAYA TIDAK DIBENARKAN

DALAM NEGARA

PRN MELAKA: AKTIVITI, PERHIMPUNAN, MAJLIS SOSIAL BERKAITAN PILIHAN RAYA TIDAK DIBENARKAN

KUALA LUMPUR: Sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya adalah tidak dibenarkan termasuk penganjuran majlis-majlis pelancaran jentera pilihan raya, berkuat kuasa pada 25 Oktober.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, langkah tersebut bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan serta peningkatan kes positif COVID-19 mendadak semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November.

Jelasnya, larangan tersebut selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan dalam Pelan Pemulihan Negara Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 4 terkini iaitu “Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.”

“Sebarang pelanggaran boleh dikenakan tindakan perundangan seperti kompaun atau tindakan pendakwaan di mahkamah sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Semua pihak dikehendaki mematui peratusan, SOP dan arahan ditetapkan demi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat mencegah peningkatan kes dan kejadian kluster,” katanya, hari ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading