Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AGENSI AGAMA TURUN PADANG BANTU GOLONGAN MEMERLUKAN

DALAM NEGARA

AGENSI AGAMA TURUN PADANG BANTU GOLONGAN MEMERLUKAN

KUCHING: Semua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) digesa untuk turun padang, mencari dan menyantuni golongan memerlukan.

Menterinya Senator Idris Ahmad berkata, gesaan ini turut melibatkan pertubuhan-pertubuhan yang dinaungi agensi terbabit bertujuan untuk membantu serta meringankan beban golongan tersebut.

“Kadang kala mereka (golongan memerlukan) malu untuk berjumpa, namun kita tahu mereka memerlukan bantuan walaupun mereka tidak meminta.

“Kita (agensi agama) juga bekerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di samping kita membantu dengan menyediakan barang untuk memenuhi keperluan golongan tersebut,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Serahan Van Program Mobiliti Tabung Haji (TH) 2021 di sebuah hotel, di Kuching, hari ini.

Untuk rekod, program tersebut merupakan salah satu daripada program zakat TH sejak 2016 dan kenderaan disumbangkan boleh digunakan sebagai van penumpang atau van jenazah.

Sementara itu tegas Idris Ahmad, pendekatan agensi-agensi agama dalam membantu golongan tersebut bukan dengan menunggu mereka meminta bantuan sebaliknya agensi tersebut akan mencari mereka yang memerlukan.

Pada masa yang sama, Idris menyatakan ketua masyarakat serta pimpinan kariah dan masjid perlu proaktif dengan membekalkan data kepada agensi-agensi agama dan NGO yang terlibat.

“Data-data tersebut akan kami perolehi melalui ketua-ketua masyarakat seperti jawatankuasa surau dan masjid, untuk kita salurkan bantuan sebaik mungkin,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading