Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PRN MELAKA: CALON POSITIF COVID-19 DIBENAR BERTANDING

DALAM NEGARA

PRN MELAKA: CALON POSITIF COVID-19 DIBENAR BERTANDING

MELAKA: Calon yang positif COVID-19 dibenarkan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Bagaimanapun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, borang pencalonan calon harus dihantar pada masa yang ditetapkan melalui wakil calon menerusi pencadang atau penyokong.

“Tiada masalah untuk mereka (calon) bertanding asalkan mereka menghantar borang pencalonan itu pada masa ditetapkan,” katanya seperti dilapor BERNAMA.

Katanya, semua calon tidak diwajibkan melakukan ujian saringan COVID-19 namun inisiatif tersebut digalakkan bagi mengelakkan penularan wabak itu.

Sementara itu, Abdul Ghani memaklumkan SPR akan menempatkan calon yang bergejala COVID-19 di sebuah khemah khas di pusat pencalonan.

“Khemah ini akan diuruskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama SPR. Di pintu utama pusat penamaan calon, calon akan diperiksa saringan suhu badan. Sekiranya suhu direkodkan melebihi 37.5 darjah Celcius, mereka akan dihantar ke khemah bergejala ini,” katanya.

Tambahnya, segala proses semakan dan penyerahan borang penamaan calon akan diuruskan oleh pegawai SPR yang bertugas di khemah untuk mereka yang bergejala itu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading