Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PRN MELAKA: TARIKH MENGUNDI 20 NOV, PENAMAAN CALON 8 NOV

DALAM NEGARA

PRN MELAKA: TARIKH MENGUNDI 20 NOV, PENAMAAN CALON 8 NOV

Sumber Gambar: ARKIB / AFP

MELAKA: Tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ditetapkan pada 20 November 2021.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh turut mengumumkan tarikh penamaan calon bagi PRN Melaka ditetapkan pada 8 November manakala pengundian awal pada 16 November.

Tambahnya, SPR telah melantik seramai 28 pegawai pengurus pilihan raya dan dibantu 80 penolong pegawai pengurus pilihan raya.

“Bagi tujuan memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh berkempen, SPR menubuhkan 28 pasukan petugas kempen pilihan raya yang dianggotai wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon bertanding,” katanya.

Abdul Ghani berkata, daftar pemilih yang digunakan untuk PRN Melaka adalah Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun Kedua 2021 (ST2/2021) yang dikemas kini sehingga 3 Oktober 2021.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading