Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

“PANGGILLAH SAYA DAJAL, SAYA KENA TEGAS DALAM ISU INI” – KJ

DALAM NEGARA

“PANGGILLAH SAYA DAJAL, SAYA KENA TEGAS DALAM ISU INI” – KJ

Sumber Gambar: ARKIB

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertegas kerajaan telah mengemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin COVID-19 sejak awal lagi.

Tambahnya, kerajaan akan terus memberi kesedaran dan penerangan berkenaan keberkesanan vaksin COVID-19 dan usaha tersebut tidak akan terhenti.

“Nak kata kerajaan tidak cukup bagi penerangan tentang vaksin tidak betul. Kita dah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin COVID-19 dari awal lagi. Dan kita terus memberi penerangan.

“Saya minta maaf, saya kena tegas dalam isu ini. Panggilah saya dajal atau sebagainya,” menerusi ciapannya di Twitter.

Khairy berkata demikian selepas mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan tindakan beliau mahu menghukum golongan yang enggan menerima vaksin COVID-19 sebagai langkah sombong.

Sebelum ini, Khairy menegaskan Kementerian Kesihatan komited untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima vaksin dengan menggunakan pendekatan akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan antivaksin jika mereka terus menolak penerimaan vaksin.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading