Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KKM CADANG BERSEMUKA DENGAN GOLONGAN ANTI VAKSIN

DALAM NEGARA

KKM CADANG BERSEMUKA DENGAN GOLONGAN ANTI VAKSIN

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk bersemuka dengan golongan anti vaksin bertujuan memberi fakta dan penerangan berhubung vaksin COVID-19 berdasarkan kajian klinikal yang sahih.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, kumpulan terbabit perlu diberi penerangan yang jelas berhubung vaksin COVID-19 kerana KKM tidak membuat sebarang keputusan secara semberono serta berdasarkan kajian dalam dan luar negara.

Tambahnya, KKM sebelum ini sudah menyatakan bahawa vaksin COVID-19 bukanlah penyembuh tetapi bagi meningkatkan imuniti badan dan kajian juga menunjukkan terdapat kesan penurunan antibodi selepas enam bulan divaksin, lalu memerlukan individu berkenaan diberi dos penggalak.

“Jadi saya nak sarankan kalau ada kumpulan ini (anti vaksin), kenapa tidak kita jumpa, kita boleh uruskan, saya boleh berbincang dengan Menteri Kesihatan. Kita bersemuka dan bercakap yang sebenar-benarnya.

“Jangan kita cakap sini sana dan menyebarkan berita palsu, kita bimbang juga. Nanti KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) akan ambil tindakan kerana penyebaran berita palsu pula,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

Ulas beliau, perjumpaan tersebut juga boleh diaturkan dengan penglibatan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading