Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SUKAR BAWA SAJJAD PULANG KE MALAYSIA

DALAM NEGARA

SUKAR BAWA SAJJAD PULANG KE MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Usaha membawa pulang usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menjadi sukar susulan desakan beberapa pihak yang mempertahankan kebebasan transgender.

Memetik laporan Harian Metro, sumber memaklumkan Thailand masih belum membenarkan usahawan berkenaan diekstradisi ke negara ini.

“Peluang untuk membawa pulang dilihat tipis susulan desakan beberapa pihak termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) atas dasar kebebasan transgender.

“Kemungkinan dia akan mendapat suaka di negara ketiga,” kata sumber.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia dilaporkan dalam proses memohon ekstradisi bagi membawa pulang Muhammad Sajjad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan dilaporkan berkata, proses tersebut akan mengambil masa kerana membabitkan pelbagai agensi berkaitan termasuk Jabatan Peguam Negara dan pihak berkuasa Thailand.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading