PROGRAM RAHMAH RAMADAN MAIWP BANTU ASNAF BUAT PERSIAPAN RAYA
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM75,000 untuk membantu masing-masing 100 asnaf di Kuala Lumpur dan Labuan serta 50 asnaf di Putrajaya membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohd Nizam Yahya membantu kanak-kanak dari golongan asnaf mencuba baju Melayu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Majlis Rahmah Ramadan MAIWP. – Bernama
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM75,000 untuk membantu masing-masing 100 asnaf di Kuala Lumpur dan Labuan serta 50 asnaf di Putrajaya membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Pengerusi MAIWP Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata program Rahmah Ramadan MAIWP: Sumbangan Pakaian Dan Keperluan Raya itu membolehkan asnaf terlibat membeli pakaian raya dengan peruntukan RM300 seorang.
“Sumbangan dalam bentuk pakaian dan keperluan raya ini tanda keprihatinan MAIWP dan diharapkan dapat meringankan beban serta membolehkan mereka merasai nikmat berhari raya dengan lebih bermakna.
“Program menyantuni asnaf dan memberi peluang mereka membuat persiapan raya ini merupakan program tahunan yang dilaksanakan MAIWP dan insya-Allah akan diteruskan,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan program itu di sini hari ini.
Turut hadir ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd Nizam Yahya dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP Mohd Fauzi Abidin.
Selain itu, Syed Kamarulzaman dengan kerjasama Yayasan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (YBSKN) turut menyampaikan sumbangan daripada MAIWP berupa pakaian dan keperluan Aidilfitri di Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Setapak di sini.
Beliau berkata bantuan itu merangkumi pakaian raya seperti baju kurung dan baju melayu sebanyak 2,000 pasang serta bantuan barangan asas dan barangan basah kepada 1,000 penerima, melibatkan peruntukan berjumlah RM370,000.
“Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan penerima dan menyemarakkan keindahan serta membawa keceriaan sempena Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked