PROGRAM RESIDENSI RAKYAT GUNA KONSEP KOMUNITI BERPAGAR
Program Residensi Rakyat (PRR) yang bakal dilancarkan tahun depan akan menggunakan konsep perumahan komuniti berpagar (gated community) bagi menambah baik pengurusan perumahan strata awam.
KUALA LUMPUR: Program Residensi Rakyat (PRR) yang bakal dilancarkan tahun depan akan menggunakan konsep perumahan komuniti berpagar (gated community) bagi menambah baik pengurusan perumahan strata awam.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata penghuni skim perumahan itu akan menerima kad akses untuk pintu pagar masuk bangunan dan lif.
“Sekiranya mereka bayar (yuran penyelenggaraan) akan dapat akses (masuk), jika mereka enggan bayar, saya mohon maaf.
“Ini untuk pastikan setiap mereka bekerjasama sebagai satu komuniti yang boleh hidup aman, sentosa dan hormat menghormati,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Nga menjawab soalan tambahan Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) mengenai kaedah penyelesaian isu perumahan strata kos rendah, termasuk kerosakan infrastruktur yang berpanjangan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2025, mengumumkan peruntukan hampir RM900 juta untuk melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat (PRR) dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat.
Sebanyak 30 projek PRR dijangka siap penghujung 2025, yang bakal memberi manfaat kepada hampir 17,500 penghuni baharu.
Dalam pada itu, Nga berkata kerajaan bersetuju untuk menjalankan kajian dan pindaan terhadap Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), bagi meneliti semula peruntukan undang-undang sedia ada, mengambil kira keperluan dan situasi semasa.
Antara perkara yang akan diteliti termasuk peranan dan pemerkasaan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) serta menangani isu pertindihan undang-undang strata dengan akta berkaitan.
Bagi memperkasakan fungsi Pesuruhjaya Bangunan (COB), Nga berkata kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk menyelaraskan COB di bawah satu jabatan atau agensi di peringkat Persekutuan. Langkah ini bertujuan memastikan pemantauan yang lebih efisien, tetapi masih mematuhi perundangan Persekutuan dan negeri.
Beliau menjawab soalan asal Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) berhubung usaha memperkasakan COB dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menangani masalah pengurusan perumahan, terutamanya rumah pangsa kos rendah seperti kerosakan infrastruktur. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager