Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PRU15 TIDAK DILAKSANA TERBURU-BURU – PM

DALAM NEGARA

PRU15 TIDAK DILAKSANA TERBURU-BURU – PM

BERA: Kerajaan tidak akan terburu-buru untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, PRU15 hanya akan diadakan setelah Barisan Nasional (BN) bersedia sepenuhnya.

Jelasnya, walaupun terdapat banyak desakan untuk mengadakan PRU15, kerajaan perlu memberikan tumpuan dalam melakukan penelitian yang mendalam selain mengambil kira semua pendapat sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.

“Setiap keputusan kita akan bincang dalam parti, keputusan tersebut tidak boleh dibuat dalam satu kumpulan kecil yang menjerit-jerit nak pilihan raya.

“Semua keputusan mesti dibincangkan secara serius di dalam parti. Pilihan raya merupakan satu perkara yang besar. Jadi, parti akan bincang dan akan membuat keputusan, selepas itu mungkin beberapa perkara lain juga perlu dilihat, ada prosedur,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, keputusan PRN Johor yang menunjukkan BN menang besar itu tidak akan menjejaskan hubungan antara kabinet Keluarga Malaysia.
 
PRN Johor yang berlangsung semalam berakhir dengan BN berjaya membentuk kerajaan negeri apabila meraih kemenangan selesa melebihi majoriti dua pertiga.

Gabungan berkenaan memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan sementara Pakatan Harapan dan Muda memenangi 13 kerusi dan Perikatan Nasional menang di tiga kerusi.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading