Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUSPEK KES WANITA MAUT DALAM KEBAKARAN BENGKEL SEKOLAH DITAHAN

DALAM NEGARA

SUSPEK KES WANITA MAUT DALAM KEBAKARAN BENGKEL SEKOLAH DITAHAN

Mangsa yang rentung dipercayai seorang penyelia kedai buku di sekolah tersebut yang berusia 25 tahun, dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi bedah siasat.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes seorang wanita ditemui rentung dalam kebakaran bengkel di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Izham Jaafar berkata, suspek berusia 30-an telah ditahan pada pukul 6 petang di lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN – PENGAWAL KESELAMATAN DIREMAN BANTU SIASATAN WANITA DITEMUI RENTUNG

Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Mangsa yang rentung dipercayai seorang penyelia kedai buku di sekolah tersebut yang berusia 25 tahun, dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi bedah siasat,” katanya, hari ini.

Terdahulu, mayat wanita berkenaan ditemui anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak yang memadamkan kebakaran bengkel tersebut selepas menerima laporan kejadian kira-kira jam 6.04 petang semalam.

Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap mana-mana kejadian tanpa bukti yang sahih.

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi IPD Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

2 Comments

2 Comments

  1. Pingback: PENGAWAL KESELAMATAN DIREMAN BANTU SIASATAN WANITA DITEMUI RENTUNG – ALHIJRAH ONLINE

  2. Pingback: PENGAWAL KESELAMATAN DIDAKWA BUNUH PENYELIA KEDAI BUKU – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading