Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGAWAL KESELAMATAN DIREMAN BANTU SIASATAN WANITA DITEMUI RENTUNG

DALAM NEGARA

PENGAWAL KESELAMATAN DIREMAN BANTU SIASATAN WANITA DITEMUI RENTUNG

Polis menahan reman seorang pengawal keselamatan sekolah bagi membantu siasatan berhubung kes seorang wanita ditemui rentung dalam kebakaran bengkel kemahiran hidup di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, pada Sabtu.

KUALA LUMPUR: Polis menahan reman seorang pengawal keselamatan sekolah bagi membantu siasatan berhubung kes seorang wanita ditemui rentung dalam kebakaran bengkel kemahiran hidup di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata, lelaki berusia 30-an itu direman tujuh hari bermula Ahad hingga Jumaat ini.

ARTIKEL BERKAITAN – SUSPEK KES WANITA MAUT DALAM KEBAKARAN BENGKEL SEKOLAH DITAHAN

“Kita masih menyiasat motif kejadian itu. Mangsa yang juga penyelia kedai buku berusia 25 tahun itu tidak mempunyai sebarang hubungan dengan suspek,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pihak polis masih menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) selepas mayat mangsa dihantar ke hospital berkenaan.

“Punca kebakaran pula masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” katanya.

Semalam, mayat wanita berkenaan ditemui anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak yang memadamkan kebakaran bengkel tersebut selepas menerima laporan kejadian kira-kira jam 6.04 petang Sabtu.

Susulan itu seorang lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas sebab membunuh.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: SUSPEK KES WANITA MAUT DALAM KEBAKARAN BENGKEL SEKOLAH DITAHAN – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading