Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERETA KANCIL TERBAKAR SEMASA ISI MINYAK

DALAM NEGARA

KERETA KANCIL TERBAKAR SEMASA ISI MINYAK

Sebuah kereta jenis Perodua Kancil terbakar secara tiba-tiba dipercayai ketika sedang diisi minyak di sebuah stesen minyak di Rantau Panjang, Kelantan, pagi tadi.

RANTAU PANJANG: Sebuah kereta jenis Perodua Kancil terbakar secara tiba-tiba dipercayai ketika sedang diisi minyak di sebuah stesen minyak di Rantau Panjang, Kelantan, pagi tadi.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira 8.35 pagi itu.

ARTIKEL BERKAITAN – KANCIL TERBAKAR DIPERCAYAI ADA KAITAN AKTIVITI SELUDUP MINYAK

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 8.36 pagi.

Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang telah dikejarkan ke lokasi untuk kerja-kerja memadam dan menyelamat.

“Bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi dan mendapati sebuah kereta jenis Perodua Kancil terbakar di situ.

“Kita mengambil masa selama tiga minit untuk mengawal kebakaran tersebut,” katanya.

Kereta kancil berkenaan dilapor terbakar sehingga 50 peratus dan punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: KANCIL TERBAKAR DIPERCAYAI ADA KAITAN AKTIVITI SELUDUP MINYAK – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading