Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PENJUAL BESI BURUK DIDAKWA TETAK LELAKI GUNA PARANG

DALAM NEGARA

PENJUAL BESI BURUK DIDAKWA TETAK LELAKI GUNA PARANG

Penjual besi buruk Mohamad Shahzrie Sham Sabudin, 25, (kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan menetak seorang lelaki dengan sebilah parang pada minggu lalu. GAMBAR: BERNAMA

KOTA BHARU: Seorang penjual besi buruk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menetak seorang lelaki menggunakan sebilah parang, minggu lepas.

Mohamad Shahzrie Sham Sabudin, 25, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu sehingga menyebabkan kecederaan parah ke atas Mohd Faain Adha Azliza, 30, di Sungai Bechah dekat Gunong, Bachok pada pukul 12.10 tengah malam, 8 Mac lepas.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau boleh dikenakan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Wan Nurul Hanini tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh, bagaimanapun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading