YAYASAN TAQWA-MAIWP PERUNTUK RM2.38 JUTA UNTUK BANTUAN PERSEKOLAHAN

Ahmad Marzuk (Kanan) pada Majlis Penyampaian Sumbangan Program Jom Ke Sekolah 2022 Peringkat Negeri Kelantan di Pekarangan Kilang My-Sutera, Kota Bharu.

KOTA BHARU: Yayasan Taqwa-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), memperuntukkan RM2.38 juta tahun ini bagi menyalurkan bantuan persekolahan kepada kira-kira 14,000 penerima di seluruh negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, bantuan tersebut diagihkan kepada pelajar daripada golongan B40, anak yatim dan keluarga yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Pemberian sumbangan bernilai RM170 setiap penerima dalam bentuk uniform persekolahan, kasut, beg sekolah serta peralatan persekolahan lain itu diharap dapat mengurangkan beban keluarga menjelang musim persekolahan baru yang bakal bermula pada minggu hadapan.

Bagi Kelantan, Yayasan Taqwa-MAIWP memperuntukan RM306,000 yang diagihkan kepada 1800 penerima sumbangan di seluruh negeri ini.

“Di Pengkalan Chepa kira-kira RM153,000 diperuntukkan melibatkan 900 orang pelajar dikalangan keluarga miskin dan juga B40.

“Bantuan ini bagi memastikan penerima kembali ke sekolah dalam keadaan berpakaian baharu dan juga lebih bersemangat, insya-Allah,” katanya Ahmad Marzuk selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Program Jom Ke Sekolah 2022 Peringkat Negeri Kelantan di Pekarangan Kilang My-Sutera, Kota Bharu.

Hadir sama pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP, Zabidi Nasan. – AlHijrah Online

Leave a Reply