Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GADUH DI TEMPAT LETAK KERETA

DALAM NEGARA

GADUH DI TEMPAT LETAK KERETA

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki berumur lingkungan 18 tahun bagi membantu siasatan kes pergaduhan di tempat letak kereta di Taman Nusa Bestari di Iskandar Puteri yang tular dalam media sosial, semalam.

Tangkap layar video pergaduhan di Taman Nusa Bestari yang tular.

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki berumur lingkungan 18 tahun bagi membantu siasatan kes pergaduhan di tempat letak kereta di Taman Nusa Bestari di Iskandar Puteri yang tular dalam media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata pemuda yang ditahan di lokasi kejadian pergaduhan kira-kira 12.30 tengah malam itu kini direman sehingga Rabu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian kepala, belakang badan, bahagian siku sebelah kiri dan kanan, bahagian lutut kiri dan kanan serta bahagian muka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara beberapa lelaki ketika sedang minum minuman keras di sebuah restoran di Taman Nusa Bestari, dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti kira-kira 10 individu terlibat dalam pergaduhan itu yang masih bebas.

Terdahulu tular sebuah rakaman video berdurasi 26 saat di laman Facebook yang memaparkan satu pergaduhan sekumpulan lelaki. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading