Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGAWAL KESELAMATAN DIDAKWA BUNUH PENYELIA KEDAI BUKU

DALAM NEGARA

PENGAWAL KESELAMATAN DIDAKWA BUNUH PENYELIA KEDAI BUKU

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Cheras.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Cheras.

Muhamad Yusri Latiff, 35, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

ARTIKEL BERKAITAN – SUSPEK KES WANITA MAUT DALAM KEBAKARAN BENGKEL SEKOLAH DITAHAN

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh Fong Hsu Kei, 25, di Bengkel Pertanian Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mulia di Taman Mulia, Cheras, antara 1.45 tengah hari hingga 5.30 petang, 12 Mac lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Phulrani Kaur manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 25 Mei ini untuk sebutan semula kes untuk laporan bedah siasat.

Tertuduh yang memakai kemeja-T berwarna kuning dibawa masuk ke dalam mahkamah pada 10.20 pagi dengan diiring beberapa anggota polis.

Pada 12 Mac lepas, media melaporkan seorang wanita yang bekerja sebagai penyelia kedai buku ditemukan rentung disyaki dibunuh dan dibakar di dalam bengkel sekolah berkenaan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading