GEORGE TOWN: Pulau Pinang membenarkan pelaksanaan solat berjemaah secara merapatkan saf di surau dan masjid seluruh negeri itu bermula 1 April ini, kata Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.
Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata ketetapan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di peringkat Pusat berhubung solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal itu, dibuat selepas pihaknya mengadakan perbincangan mengenainya hari ini.
“Selain kebenaran merapatkan saf, kami juga membuat ketetapan untuk membenarkan aktiviti tadarus al-Quran dan qiamullail di semua masjid serta surau sepanjang bulan Ramadan nanti dengan pemantauan pengurusan (masjid dan surau) dan jemaah perlu mematuhi SOP ditetapkan sebelum ini, termasuk membawa sejadah sendiri.
“Solat Tarawih pula dibenarkan sehingga 20 rakaat dan kami turut memberi kelonggaran untuk membenarkan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah (untuk) turut menunaikan solat (Tarawih), manakala majlis berbuka puasa dan moreh pula dijalankan mengikuti kesesuaian SOP,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas merasmikan Multaqa Murabbi Ummah peringkat Pulau Pinang yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.
Katanya kapasiti anggota jemaah pula adalah berdasarkan keluasan dalam masjid atau surau masing-masing.
Pada 8 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa aktiviti solat jemaah di masjid, surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April ini.
Keputusan itu dibuat susulan Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula bulan hadapan.
Sementara itu, Sirajuddin berkata JAKIM sentiasa menghargai jasa dan memberi keutamaan kepada kebajikan para ‘murabbi ummah’ atau pendidik di semua negeri, yang sedikit sebanyak terkesan akibat pandemik COVID-19.
“Sebagaimana kita menghargai para doktor, jururawat dan sukarelawan, sebegitulah juga Jakim berterima kasih kepada para murabbi ummah semuanya,” katanya yang menyifatkan golongan itu sebagai kumpulan barisan hadapan dalam mendidik serta mentarbiah umat.
Beliau berkata pertambahan kuota guru takmir di seluruh negara seramai 1,000 orang, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 5,000 orang pada tahun ini, melibatkan kenaikan peruntukan RM10.8 juta setahun dan menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM53 juta.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.