Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SURAU SEAKAN MASJID NABAWI TARIK PERHATIAN ORANG RAMAI

DALAM NEGARA

SURAU SEAKAN MASJID NABAWI TARIK PERHATIAN ORANG RAMAI

Reka bentuk surau seakan-akan Masjid Nabawi, Madinah berjaya menarik perhatian pelayar aplikasi TikTok menerusi sebuah video tular sejak semalam.

KUALA LUMPUR: Reka bentuk surau seakan-akan Masjid Nabawi, Madinah berjaya menarik perhatian pelayar aplikasi TikTok menerusi sebuah video tular sejak semalam.

Video yang menunjukkan reka bentuk Surau Ar Redhuan di Taman Semabok Perdana, Melaka telah dimuat naik oleh @nuraisyahabuhusin dengan mendapat hampir 250,000 tontonan.

Menurut Nuraisyah, surau yang diinspirasikan daripada reka bentuk Masjid Nabawi itu dibina hasil dana serta derma orang ramai dan penduduk taman perumahan itu menguruskan pembangunan surau berkenaan.

Rata-rata pelayar Tiktok memberikan reaksi teruja, terharu dan memuji akan hasil reka bentuk surau tersebut.

“Pintu masjid macam Masjid Nabawi, Madinah. Boleh terubat rindu apabila datang ke sini.

“Solat tarawih mesti ramai anak-anak serta remaja yang hadir nanti.

“Subhanallah, Allahuakbar. Cantik sangat. Saya pula rasa sebak terharu,” antara komen-komen pengguna Tiktok di video tersebut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading