PADANG BESAR: Cuti penggal persekolahan ketika ini dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh tiga beradik yang menetap di Kampung Ayer Timbul, Chuping di sini bagi membantu keluarga mereka di samping mencari wang saku sendiri.
Mohd Ilham Mohd Asrul, 13, menggunakan kesempatan cuti sekolah dengan mengambil upah menjaga kambing ternakan di belakang rumahnya yang terletak di Kampung Ayer Timbul, Chuping. Gambar: Bernama
PADANG BESAR: Cuti penggal persekolahan ketika ini dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh tiga beradik yang menetap di Kampung Ayer Timbul, Chuping di sini bagi membantu keluarga mereka di samping mencari wang saku sendiri.
Sejak bapa mereka, Mohd Asrul Rusman, 44, menjalani pembedahan tulang belakang pada 2019, anak ketiga hingga kelima daripada enam adik beradik ini sentiasa ringan tulang membantu ibunya, Rohaida Md Jusoh, 45, untuk mengambil upah mengutip sayur dan melakukan kerja-kerja penternakan.
Rohaida berkata anaknya, Mohd Ilham Mohd Asrul, 13, Mohd Idham Anuar Mohd Asrul, 11, dan Mohd Azham Mohd Asrul, 8, akan membantunya pada setiap kali cuti persekolahan untuk mencari wang saku sendiri di samping meringankan bebanannya untuk bekerja bagi mencari rezeki.
“Setelah suami saya menjalani pembedahan, dia tidak lagi dapat bekerja kerana masalah tulang belakang dan sejak itu, saya mengambil upah mengutip sayur dengan upah sekitar RM30 sehari.
“Selain itu, saya juga melakukan kerja-kerja penternakan memandangkan kami juga ada memelihara kambing di belakang rumah,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurut Rohaida beliau juga hanya membenarkan anak-anaknya untuk membantu ketika cuti persekolahan bagi menggelakkan proses pembelajaran mereka terganggu.
Ibu kepada enam cahaya mata ini berkata duit upah yang diperoleh anak-anaknya itu juga disimpan sendiri oleh mereka dan turut digunakan sebagai perbelanjaan wang saku ke sekolah.
“Dengan bayaran upah itulah mereka simpan dan gunakan untuk perbelanjaan sekolah dan saya sentiasa ingatkan anak-anak bahawa bukan mudah untuk mendapatkan wang sekiranya tidak berusaha.
“Alhamdulillah mereka memahami dan tidak pernah merungut untuk membantu saya mencari pendapatan pada setiap kali cuti persekolahan,” katanya.
Tambah Rohaida anaknya juga terlibat di dalam Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) berikutan masalah pembelajaran manakala suaminya turut menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kegigihan tiga beradik itu mendapat perhatian Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis yang turun padang bagi meninjau dengan lebih dekat keadaan keluarga berkenaan.
Pengarah Pendidikan Perlis Naharudeen Othman berkata pihaknya menyambut baik usaha yang dilakukan tiga beradik itu yang berusaha membantu ibu mereka menambah pendapatan di samping memanfaat cuti persekolahan dengan sebaiknya.
“Kita juga harap dengan apa yang dilakukan anak-anak ini dapat memberikan kemahiran kepada mereka contohnya dalam bidang pertanian yang boleh digunakan pada masa hadapan,” katanya yang turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada keluarga berkenaan untuk digunakan menjelang sesi pembukaan persekolahan kelak.
Naharudeen berkata pihaknya juga akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa agensi lain bagi melihat bentuk bantuan yang dapat disalurkan kepada keluarga berkenaan khususnya dalam bidang pertanian.
“Melalui usaha begini, anak-anak ini juga akan mendapat latihan secara praktikal untuk menjaga tanaman sendiri dan terdedah dengan kemahiran kalis masa hadapan seperti pertanian,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager