Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENYELIA KILANG MUAT NAIK VIDEO LUCAH DIDENDA RM16,000

DALAM NEGARA

PENYELIA KILANG MUAT NAIK VIDEO LUCAH DIDENDA RM16,000

Seorang penyelia kilang didenda RM16,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memuat naik kandungan video dan gambar lucah dengan niat menyakitkan hati orang lain menggunakan aplikasi Google Drive, lima tahun lepas.

Seorang penyelia kilang didenda RM16,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memuat naik kandungan video dan gambar lucah dengan niat menyakitkan hati orang lain menggunakan aplikasi Google Drive, lima tahun lepas. Gambar: BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Seorang penyelia kilang didenda RM16,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memuat naik kandungan video dan gambar lucah dengan niat menyakitkan hati orang lain menggunakan aplikasi Google Drive, lima tahun lepas.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman terhadap Ahmad Tarmizi Mohd, 28, yang perbuatannya itu kemudian dilihat pengadu di sebuah rumah di Padang Sena di sini, pada 12 tengah malam, 11 Mei 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Fazril Sani Mohamed Fadzil, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh memohon agar hukuman diringankan memandangkan dia baru berkahwin dan telah insaf.

Dia membayar denda tersebut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading