Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PT3 2021 DIBATALKAN

DALAM NEGARA

PT3 2021 DIBATALKAN

KUALA LUMPUR: Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk tahun 2021 akan dibatalkan.

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin berkata antara perkara asas yang mendorong keputusan pembatalan PT3 ialah kekurangan masa murid membuat persediaan khususnya secara bersemuka bersama guru di sekolah.

“Jika kita lihat penularan COVID-19 masih belum dapat ditangani sepenuhnya.

“Tanpa pelaksanaan PT3 untuk tahun ini kaedah pentaksiran murid boleh dilaksanakan untuk tahun 2021 sepertimana tahun 2020 iaitu berdasarkan tiga komponen utama iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK),” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Menurut Radzi, kemasukan ke asrama bagi pelajar Tingkatan 4 akan dibuat berdasarkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang boleh diduduki pelajar yang berminat.

Tahun 2021 merupakan kali kedua PT3 dibatalkan selepas 2020 susulan pandemik COVID-19.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading