Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PULUHAN MAUT, CEDERA DALAM PENGEBOMAN ISRAEL KE ATAS SEBUAH SEKOLAH DI GAZA

DALAM NEGARA

PULUHAN MAUT, CEDERA DALAM PENGEBOMAN ISRAEL KE ATAS SEBUAH SEKOLAH DI GAZA

Sumber Gambar: AFP

GAZA: Tentera penceroboh Israel pada Jumaat malam mengebom sebuah sekolah Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di kawasan al-Saftawy, utara Semenanjung Gaza.

Kemudahan itu menjadi tempat perlindungan ribuan penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal akibat konflik di Gaza.

 Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan pesawat pejuang Israel mengebom Osama Bin Zaid School, membunuh dan mencederakan berpuluh-puluh orang.

Rakaman video dan foto menunjukkan mayat-mayat mangsa berkecai akibat serangan udara itu.

Menurut beberapa sumber tempatan, tentera Israel secara langsung menyasarkan sekolah itu, ketika ribuan orang berada di dalam bangunan berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading